Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa 2011

Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa 2011 bakal diadakan pada 4 Disember 2011 bertempat di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur bermula 8.00 malam. Anda semua dijemput hadir bagi menyaksikan peserta-peserta dari Zimbabwe, Indonesia, Yemen, Bangladesh dan Kazakhstan yang bakal mendendangkan lagu-lagu Irama Malaysia seperti Nasib Bunga, Kias Fansuri, Apa Dah Jadi, Cinta Nusantara, Joge...t Pahang, Balqis Cindai, Seri Dewi Malam, Mengapa Dirindu dan Dikir Puteri. Bahasa Malaysia merupakan khazanah kebudayaan kebangsaan yang tidak ternilai harganya dan mampu mendukung semua fungsinya, sama ada sebagai bahasa perpaduan, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan, bahasa pendidikan, bahasa undang-undang, bahasa ilmu, bahasa falsafah, bahasa perdagangan, bahasa sastera tinggi dan bahasa kenegaraan. Terbuka Kepada Peserta Yang Bukan Warganegara Malaysia Berumur Dari 18 Tahun Ke Atas Yang Bekerja Di Kedutaan Dan Suruhanjaya Tinggi / Perwakilan Negara Luar Dan Yang Sedang Berkhidmat Disektor Swasta Serta Kakitangan Dan Pelajar Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta (IPTA/S). Anatara objektif penganjuran pertandingan ini ialah untuk memperkukuhkan kedudukan dan memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu di peringkat antarabangsa. Di samping itu ia juga dilihat dapat mengiktirafan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perhubungan rasmi di persada dunia melalui pembudayaan bahasa. Selain itu, pertandingan ini bagi mengembangkan dan mempopularkan lagu-lagu Melayu kepada negara luar sebagai medium pengukuhan gagasan 1Malaysia. Hadiah lumayan menanti Juara Pertandingan Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia Antarabangsa 2011 dan Johan (kategori Lelaki & Wanita) bakal membawa pulang Wang Tunai berjumlah RM 10,000.00 + Piala Pusingan + Sijil. Naib Johan pula bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima Wang Tunai sebanyak RM 8,000.00 + Piala Iringan + Sijil manakala tempat Ketiga pula menerima RM 6,000.00+ Piala Iringan + Sijil. Para penerima Saguhati pula bakal mendapat Hadiah Wang Tunai RM 1,000.00+ Piala Iringan + Sijil manakala Persembahan Terbaik menerima RM 1,000.00+ Piala Iringan + Sijil dan Vokal Terbaik pula bakal menerima RM 1,000.00+ Piala Iringan + Sijil. Melalui pertandingan nyanyian lagu Melayu ini diharapkan agar ianya akan membuahkan hasil yang baik serta dapat melahirkan rakyat Malaysia yang sayang akan bahasanya sendiri terutama dalam membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu dan menjadi benteng bagi memperteguh jati diri bangsa. Tidak mustahil kehebatan Bahasa Malaysia ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka boleh muncul semula pada zaman ini, terutama ketika pihak kerajaan menggiatkan usaha ke arah memartabatkan Bahasa Malaysia yang tercinta. Maklumat mengenai Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Irama Malaysia Antarabangsa 2011 boleh didapati www.jkkn.gov.my atau menghubungi kami di talian 03-2052 3600. Masuk adalah PERCUMA!