Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Irama Malaysia Antarabangsa 2011

Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Irama Malaysia Antarabangsa 2011 bakal diadakan pada 4 Disember 2011 bertempat di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur bermula 8.00 malam. Anda semua dijemput hadir bagi menyaksikan peserta-peserta dari Zimbabwe, Indonesia, Yemen, Bangladesh dan Kazakhstan yang bakal mendendangkan lagu-lagu Irama Malaysia seperti Nasib Bunga, Kias Fansuri, Apa Dah Jadi, Cinta Nusantara, Joge...t Pahang, Balqis Cindai, Seri Dewi Malam, Mengapa Dirindu dan Dikir Puteri. Bahasa Malaysia merupakan khazanah kebudayaan kebangsaan yang tidak ternilai harganya dan mampu mendukung semua fungsinya, sama ada sebagai bahasa perpaduan, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan, bahasa pendidikan, bahasa undang-undang, bahasa ilmu, bahasa falsafah, bahasa perdagangan, bahasa sastera tinggi dan bahasa kenegaraan. Terbuka Kepada Peserta Yang Bukan Warganegara Malaysia Berumur Dari 18 Tahun Ke Atas Yang Bekerja Di Kedutaan Dan Suruhanjaya Tinggi / Perwakilan Negara Luar Dan Yang Sedang Berkhidmat Disektor Swasta Serta Kakitangan Dan Pelajar Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta (IPTA/S). Anatara objektif penganjuran pertandingan ini ialah untuk memperkukuhkan kedudukan dan memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu di peringkat antarabangsa. Di samping itu ia juga dilihat dapat mengiktirafan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perhubungan rasmi di persada dunia melalui pembudayaan bahasa. Selain itu, pertandingan ini bagi mengembangkan dan ...

 

Tags: Yemen, yaman, kazakhstan, bangladesh, indonesia, zimbabwe, KPKK, Nilai, Malaysia, nyanyi, lagu Irama Malaysia, arsenalredjuan

 



User Comments & Reviews: 0 Comment(s)

Disclaimer: The Video, tag(s) and description on this page is provided by YouTube.com and is subject to the YouTube.com Terms of Service.





Combine Flights?












Password Reminder

Or sign in using one of the following providers: